Wednesday 12 June 2013

تربية الأولاد

Assalamualaikum wbt,

Setelah sekian lama beruzlah di muka bumi Allah ini, hari ini terasa terdetik suara kecil hati utk berkongsi sekelumit perkongsian dari diri saya untuk semua. Berdasarkan pengalaman yang ditempuhi dalam kehidupan seharian.

12 Jun 2013,

Hari yang mungkin cukup menghelakan nafas seorang guru sementara muda di sebuah kelas didiami murid berusia 7 tahun. Pada awalnya perasaan, semangat pada hari itu cukup tinggi untuk mendidik, disebabkan mungkin kesabaran dan tahap 'baik' itu sudah menjangkau tahap melebihi paras maksima.

Seorang murid, tidak perlu saya sebutkan namanya telah saya hukum oleh kerana sikapnya yang kurang beradab ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana bila saya bercakap dengan drastiknya dia juga ingin bercakap, maka murid lain pun turut mengikuti jejak langkah beliau, lalu siapa yang ingin mendengar penjelasan guru?

Dengan hukuman itu seisi kelas menjadi diam dan saya pun menjelaskan kenapa? mengapa? apa sebab? dan sebagainya. Si murid tadi diam tanpa merajuk dan perlahan-lahan air mata keluar. Allah.. saya pulak merasakan serba salah atas tindakan sendiri. Kemudian, sesi pengajaran dan pembelajaran pun seperti sedia kala bahkan lebih efisyen.

Usai kelas, saya mendekati murid itu dan slow talk dengan dirinya. Alhamdulillah, selepas itu keadaan kembali semakin normal dan murid itu menjadi wataknya sedia kala yang ceria. Namun harapannya untuk kelas saya mahupun guru-guru lain, diubahlah sikapnya itu.

Persoalannya...
Serba salah saya lakukan hukuman itu, adakah ia dilakukan kerana marah? geram? atau untuk mendidik?

selepas insiden itu, saya berkongsi pengalaman dengan seorang ustaz senior yang lebih berpengalaman. Nasihatnya, kadang-kadang tugas tarbiyyah itu memang perlu pelbagai. Tarbiyatul Aulad juga memerlukan sesi hukuman atau sebagainya sebagai amaran dalam kehidupan penuntut ilmu. Tekankan adab dan akhlak dalam kehidupan, inshaAllah..jika diniatkan untuk mendidik, pasti Allah bantu proses didikan itu.

Saya terus teringat akan pesan saidina Ali :

Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.
7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta. 7 tahun kedua, berlaku TEGAS dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan. 7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.

Dalam pemikiran saya, tujuh tahun kedua : TEGAS !

mohon pencerahan dari alim ulamak,
Wallahu 'Alam...

1 comment:

  1. Follower ke : 79
    Hai.. Salam Kenal..
    done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete