Monday 25 June 2012

Bab tentang zuhud..

Assalamualaikum waramatullah wabarakatuh...
kaif al-hal ya sahabat-sahabat ?

setelah sekian lame ana sepi di medan Dakwah penulisan blog ini, hari ini terasa ingin berkongsi sesuatu tentang zuhud kpd antum..(n_n)

Baiklah, apa itu zuhud? Zuhud itu memperbanyakkan harga dan menjadikan tinggi nilai sesuatu amal..
Jika kita bertanya "Apakah makna dan hakikat zuhud itu?"
Maka ketahuilah, bahawa zuhud itu, menurut ulamak ada dua, iaitu : Zuhud yg mampu dikrjakan oleh hamba Allah dan zuhud yg tidak mampu dilakukan oleh hamba Allah..

Adapun Zuhud yg mampu dikerjakan ada tiga macam, iaitu : Tiada mencari isi dunia yg ia tidak dimiliki, membahagiakan isi dunia yg terkumpul padanya, dan tiada menghendaki dunia dalam hatinya serta tiada mengikhtiarkannya.

Adapun Zuhud yg tidak Maqdur yakni tidak mampu dilakukan maka ianya merupakan satu bentuk ketenangan di dalam hati seseorang yg zuhud.

Bila seseorang dapat melakukan zuhud yg maqdur, iaitu tidak menuntut dunia yg tidak ada padanya, dan ia dapat membahagi-bahagikan apa-apa yg ada padanya dgn jalan yg diredhai Allah dan ia berkehendak terhadap dunia dalam hatinya serta tidak mengikhtiarkannya, kerana mengharapkan redha Allah dan selalu mengingati besarnya bahaya dunia, maka itu bererti bahawa ia telah mewarisi kedinginan hatinya terhadap dunia, dan inilah hakikatnya zuhud.


Selanjutnya hendaklah dimaklumi bahawa yg paling sukar daripada yg tiga macam itu ialah tentang jenis zuhud yg mempunyai pengertian tidak adanya keinginan dalam hati terhadap dunia.

Ramai orang yg meninggalkan dunia pada secara zahir sahaja, padahal dalam hatinya sgt berkeinginan dan cinta terhadap dunia, malah hatinya tenggelam dalam pergulatan dan penderitaan yg sgt payah. Sedangkan soal zuhud terletak seluruhnya pada urusan ini, yakni meniadakan keinginan dlm hati yakni tidak tergila-gila dan tidak mabuk kpd dunia.

Dalam hal ini Allah telah berfirman di dalam surah Al-Qashas : 83 =
"...Aku jadikan syurga itu, utk org-org yg tiada menginginkan ketinggian dan kerosakan di muka bumi..."

Allah juga telah berfirman tentang syarat-syarat utk masuk syurga iaitu tidak adanya keinginan dan bukan dgn tidak mencari dan mengerjakan yg dikehendaki itu.

"...Sesiapa yg menghendaki pahala akhirat, maka Kami tambahkan baginya pahala yg berlipat ganda. Dan sesiapa yg menghendaki pahala dunia sahaja, maka Kami berikan padanya sebahagian dan nanti di akhirat ia tidak mempunyai bahagian..." (As-Syura : 20)

Perhatikan pula firman Allah ini,
"...Sesiapa yg menghendaki akhirat dan menjalani jalannya dalam keadaan beriman, maka perjalanan mereka itu adalah perjalanan yg menimbulkan kesyukuran..." (Ali Imran : 145)

Jelaslah kpd kita bahawa keterangan-keterangan dan isyarat itu, semuanya ditujukan kepada urusan keinginan. Ini disebabkan kerana urusan iradah/keinginan itu, adalah suatu urusan yg sgt penting.


Jika seseorang membiasakan diri tetap diatas yg dua perkara itu, yakni membahagikan dunia yg ada padanya dengan dasar menuntut keredhaan Ilahi dan tidak mencari-cari yg tidak ada padanya, maka besar harapan ia mendapat kurnia dan taufiq Allah utk menghalau keinginan dunia dalam hatinya  dan utk mengusahakan dunia itu secara lahirnya sahaja.
Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani, Maha Pemberi, Maha Suci, dan Maha Agung...

Ayuh kita mahasiswa Islam mengaplikasikan sifat zuhud dalam kehidupan seharian ! (n_n)

*من الرجوع الكتاب نصائح العباد
تأليف الإمام النواوي