Thursday 26 May 2011

Al-Kisah di bumi barakah

Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum...
Hari ini hari terakhir aku di Teluk Intan..(my home town). Esok aku akan ke Kelantan suda, memang sedih untuk berpisah..tapi semuanya ini nak tak nak perlu aku tinggalkan demi perjuangan aku untuk kali ini..

Suatu masa dahulu, aku pernah bermimpi untuk bersekolah di sebuah sekolah..namanya Sekolah Izzuddin Shah. Tapi usaha yang aku tunjukkan semase UPSR tidak menunjukkan aku ke sane..tp segalanya takdir ilahi, akhirnya aku dapat bersekolah di Skolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh. Sebelum ini aku bersekolah di Sekolah Rendah Agama Al-Munir, Kampung Padang Tembak, Teluk Intan. Sebelum berangkat ke Izzuddin, memang berat hati untuk tinggalkan Ibu dan Ayah..tp segalenye memang aku kene tinggalkan demi untuk aku berjaye..UPSR dulu aku da lukakan hati Ibu aku..Ayah aku kesal dengan keputusan aku. Tapi, aku still tak mengerti apa-apa..mungkin aku masih kebudak-budakan.

Semasa di Izzuddin memang aku keseorangan, aku mendapat dorm H, semuanya budak yang tidak aku kenal. Kawan-kawan aku yang sama sekolah di Al-Munir semuanya di dorm lain. Nampaknya aku keseorangan di dorm H,blok bukhari, mujurlah kawan-kawanku tu semuanya peramah. Aku berkenalan dengan Rizq, Rafiuddin, Shahizie, Fadzly, Basheer, Aiman, Eddie dan macam-macam lagi..Berkawan dengan mereke memang seronok. Kemudian aku dikelaskan di kelas 1 Ibnu Khaldun. Macam-macam kawan aku jumpa..memang lain. Aku seronok tinggal disini..namun kadang-kadang aku menangis keseorangan mengingatkan ibu dan ayah, aku rindu ibu..aku rindu ayah..aku mahu peluk mereke. Dalam usia 13 tahun aku mula belajar secare berdikari..

Aku juga diperkenalkan dengan istilah NAQIB atau jama' taksirnye NUQABA'...mereke inilah yang mentarbiah adik-adik form 1, form 1 dibahagikan dengan 15 org NAQIB drpd klngn form3..Usrah dengan Abg Zulhilmi memang terbaik..pengisian yang cukup bergune kadang2 diselitkan hiburan yang melucukan. Bila malam sahaja, ade perjumpaan..menghitung segale salah silap yang dilakukan..diberikan denda yg setimpal dengan perbuatan yg dilakukan. Aku takut...suasana hanya kedengaran angin kipas sahaja..namun apa saja yg berlaku mestilah berpegang dengn istilah berani buat beranilah tanggung.

Pada usia 14 tahun pula, aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan disini..hidup bersama senior2..aku ditempatkan di Blok Imam Abu Daud, Bilik B...kehidupan yg begitu berlainan dari sebelumnya. hidup bersama senior..dalam satu bilik semua form ade..jangan buat pasal, nnti kene pukul..tu je ayat yg selalu aku dengar. aku ditempatkan dikelas 2 Ibnu Sina. Kehidupan di kelas ini berlainan dari sebelumya. Ditempatkan di kelas ini aku begitu terasa seperti insan yg kerdil. Kawan-kawan aku semuanya Mat-mat buku..aku pun mnjadi juga Mat buku..tahun ini aku menduduki peperiksaan Syahadah I'dadi..alhamdulillah..berkat kesungguhan aku belajar...keputusan yg diperolehi tidak mengecewakan..
tp dalam usia yg begitu muda..aku diberikan taklif sebagai ketua pelajar..usia yg begitu mentah..dalam kalangan batch aku hanya 5 orang sahaja...tanggungjawab aku di Sis ini semakin berat...

Dalam usia 15 tahun, aku pula akan menduduki PMR..sungguh aku tidak menyangka..cepat masa berlalu..
semakin lame semakin berat tanggungjawab aku di Sis ini..aku sekali lagi diberikan tanggungjawab, tugas sebagai NAQIB..mentarbiah adik-adik form 1..kadang2 aku mengeluh seorg2.."kenpa aku yg perlu memikul tggungjawab ini!!!" tp sesungguhnya Allah berfirman didalam Al-Quran.."Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" aku pon memberikan ilmu pada adik-adik junior di dalam usrah..usrah aku namenye usrah 12..kadang2 aku study kitab2 agama utk diberikan pengisian kepada adik2 junior..style aku bercakap dikhalayak ramai aku ubah..menjadi seorang naqib byk memikirkan aku, bukan senang untuk menyampaikan ilmu..dan bukan senang untuk memikul beban mnjadi seorg da'ei ni..kalau dulu aku selalu marah kepada NAQIB tentag tindakan yg mereke lakukan..tp setelah aku mnjadi sebahagian drpd mereke..tindakan yg dilakukan memang wajar..

Memikul tugas sebagai KP, NAQIB, dan PELAJAR..memang byk mengubah hidup aku..aku yg dulunya seorg budak yg tak tahu apa-apa..hingusan..tp Sis la yg byk merubah aku..akhirnya tanpa disangka-sangka..keputusan PMR aku alhamdulillah..mungkin ada benarnye firman Allah "Kalau kamu tolong agama ku  maka aku akan bantu kamu" Pada usia 16 tahun, aku masih lagi di Sis..walaupun ada sahabat2 aku yg sudah menjejak keluar dari Sis..namun aku percaye, Sis la yg terbaik buat aku...berada dlm usia sebegini memang byk keseronokan bersama rakan2, berada di kelas 4PI II ( account) memang best. Kelas seperti karoke saje..dengan kerenah kawan2 yg meggila..dalam usia inilah aku berjaye ke Kedah, Melake dlm pertndingn nasyid kebangsaan..sweet moment~
menjadi ahli Soutul Faizin..memang seronok, aku menjadi ahli semenjak form2 tp pelapis dulu yg diberi nama Nida Azzakirin..form3 aku mnjadi ahli Soutul Faizin yg sah..sehinggalah form 5..Pada tahun ini jugak, aku akn mnduduki Peperiksaan Syahadah Thanawi, alhamdulillah..sekali lagi keputusan aku tidak mengecewakan diri aku..mungkin kerane hasil kerajianan aku menghafal kitab2 bersame kawan2..Pada usia ini juga la aku byk belajar erti kehidupan..usia 16 tahun..

Usia 17 tahun, tahun terakhir aku di Sis, Spm yg bakal aku tempuhi..jadi, aku berazam untuk melakukan sehabis baik yg boleh aku lakukan..sekali lagi taklif yg begitu besar aku kene pikul..2 jawatan yg begitu berat buat aku..
Naib masul Lajnah Kuliah dan Muhadharah dan Penolong Ketua Umum Asrama..memang terase berat, tetapi itu semua mengajar aku erti pengorbanan..kawan2 aku yg seronok belajar dikelas, aku terpakse ke asrama untuk menguruskan pndftaran pelajar lain..semuanya itu banyak mengajar aku..
Bekerja bersama Amirul Hazim dlm lajnah kuliah, memang byk mengajar aku..memanggil ustaz2 luar utk mmberikan  kuliah di Sis..ustaz2 dalam sekolah..dan sebagainya yg aku lakukan semata2 utk memberikan ilmu kepada pelajar2 Sis supaya mereke mnjadi pelajar yg berjaya di dunia dan akhirat..bukan senang untuk membahagikan masa...namun semua itu memang byk mengajar aku...
Semuanya itu tinggal kenangan, kini aku telah selamat smbung belajar hasil drpd mnjadi pelajar Izzuddin..
kalau dulu, aku menangis kerane meninggalkan ibu ayah..kini aku menangis kerane meninggalkan Izzudin..Sis bg aku melahirkan manusia yg dulunya Nothing kini mnjadi Everything..
kalau aku nak cerita semuanya di Izzuddin memang tidak akn habis, kerana byk kenangan yg telah aku tinggalkn disane..kepada jemaah naqib yg sama2 dulu pernah berjuang bersama aku, kawan2 nasyid soutul faizin, sahabat2 batch 48..selamat tinggal kome..
aku selalu mendoakan kome berjaye..buat guru2 terime kasih banyak2 cikgu, ustaz, ustazah..sye tidak akn pernah melupakan insan sepertimu yg sntiase mncurahkn ilmu...
dan kepada insan yg aku sayang..selamat tinggal~

~MENUJU MATLAMAT TERTINGGI~

Wednesday 25 May 2011

Kisah lima perkara aneh

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum...
Apa khabar to all bloggers and readers
Hari ni rase nak share sesuatu kat korang...
Rase rindu pulak nak memberi ilmu macam kt izzudin dulu bagi usrah kat adik-adik..
Ilmu yang dikongsi akan bertambah, jadi, mari kita menuntut ilmu bersame :) selamat membace!

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, konpem la...! memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
Selalulah menela'ah buku yang berkaitan kerohanian sebagai makanan kepada jiwa 

SELAMAT BERJUANG!

Sunday 22 May 2011

All the Best

Assalamualaikum..
Agak lame rasenye tidak posting ape-ape kat Blog ni. So, tetibe terdetik di hati pada hari ini utk posting sesuatu to all my Readers. Khasnye untuk 48th Batch of Sekolah Izzuddin Shah.

Kepada =

5 Pengajian Islam I (Economy students):
Hazim, Adib Asyraf, Azri, Rabbani, Naim, Adam, Najmi, Lukman, Hanip, Zakir, Zulhusnayaini, Izzat, Ismail, Amin, Muiz, Irfan Hasri, Hairul Naim, Afdzal, Asyraf, Fauzan, Syakirin, Razman, Munir, Zamil, Irfan Roslan, Farouk, Syamil, Adnin, Lutfi, Yunus, Riduan, dan Aqil .

5 Pengajian Islam II (Accounting students):
Humaidi, Fadhil, Syahmi, Zaim, Hamzi, Wafy, Faiz, Badri, Yusuf, Zubair, Halim, Aiman, Istiqlal, Haziq, Nadzif, Adib Darwis, Aidil, Izmul, Akmal, Zakirin, Aman, dan Safwan .

5 Pengajian Islam III (Science Students):
Faris, Eddie, Kamil, Zakwan, Imran, Arip, Khusyairi, Fakhrul, Ismail, Hafriz, Fadzly, Hakim, Izzul, Meen san, Rafi, Idris, Fakihin, Mahyuddin, Iqbal, Alif dan Fitri .

Jamuan Akhir F5 2010
Accounting Students


Raya 2010 Dirumah Puan NorAzwa dan Encik Ridzuan
Raya 2010 Dirumah Madam Roslinda

Semoga korang semua berjaye dalam kehidupan selepas SPM ni. Aku sentiase mendoakan semua sahabat-sahabat aku supaya berjaye dan bahagia di Dunia mahupon di Akhirat. Perjuangan kita baru sahaja bermula, sebagai seorang pemuda Islam yang bakal menggantikan perjuangan Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-
Fateh, Tariq Bin Ziyadh, Imam Hassan Al-Banna dan lain-lain...

SELAMAT BERJUANG SAHABAT! 

Tuesday 10 May 2011

Perjalanan Sebagai Da'ie Bakal Bermula

Assalamualaikum...
apa khabar semua? harap semuanye sihat macam ana hari ini...Alhamdulillah, setelah selesai berkarya tentang Muhd dan Aisyah, kini ana ingin menceritakan ape event yg terbaru ana kepada antum... Alhamdulillah, ana dikejutkan dengan satu tawaran kemasukan ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan dalam bidang Asasi Syariah. Jauh tu, tapi jauh perjalanan luas pengalaman. Mula-mula ana agak kesedihan juga kerane kesemua sahabat-sahabat ana majoritinya mendapat tawaran di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara. Tapi, Alhamdulillah, ana tidak keseorangan dalam perjuangan kali ini kerane ana ade teman yg akan menemankan ana iaitu Adam, Zaim dan Azri. InsyaAllah selepas ini ana dapat berjaye bersame-same mereke. Target ana mulai hari ini..."Kejar cita-cita dan seterusnya kejar impian." InsyaAllah, pada 29 Mei ini ana akan berangkat ke negeri Kelantan Darul Iman.




Tahniah! Anda telah berjaya diterima masuk ke program ASASI SYARIAH
Nama
:
MUHAMMAD WAFIUDDIN BIN ROSLI
Alamat
:
NO 11 LORONG 3 TAMAN MEWAH  JALAN MAHARAJA LELA 36000 TELUK INTAN PERAK
Program Pengajian
:
IAH - ASASI SYARIAH
Kolej Kediaman
:
NP - KOLEJ KEDIAMAN NILAM PURI

Anda telah bersetuju untuk MENERIMA tawaran ini!




Dulu kami menuntut di:



Kini, Kami akan membawa nama Sis ke:


Ana harap kepada sahabat-sahabat yang membaca post kali ini dapat mendoakan kejayaan ana dan sahabat-sahabat ana...kali ini, perjuangan sebagai pejuang akan lebih mencabar..jadi, kekuatan rohani perlu kebal supaya tabah menghadapi perjuangan yang bakal mendatang..
Ikhlas kan hati dalam berjuang, perjuangan perlukan ketabahan bukan omongan yang menjadi kayu pengukur kerane perjuangan itu suci dan berjaya bersama pejuang yang murni.
Kpd someone yg selalu membuatkan hati ini gembira, wafy hargai dan wafy akan terus mencuba...janji wafy "mengingati selagi roh masih lagi dijasad"

~sipejuanglovesomeonewhotouchhisheart~