Tuesday 29 November 2011

Pena Insan Kerdil


                     Bismillahirahmanirahim…

Dunia hari ini pesat membangun dengan kehebatan teknologi yang telah lahir bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagai seorang Mahasiswa Islam, saya lebih bersikap cakna terhadap isu teknologi ini dalam kehidupan seharian. Teknologi yang pesat pada ketika ini, telah mengakibatkan pelbagai bencana besar yang melanda manusia dari segi kesan positif dan negatifnya. Suka saya menyatakan disini, masalah sosial negara kita semakin hari semakin parah yang saya rasakan adalah dipengaruhi oleh kepesatan teknologi maklumat yang pesat.
          Apa yang menjadi persoalan ketika ini, dunia semakin liar dengan teknologi yang pesat membangun, masing-masing mengejar populariti sehinggakan peranan sebagai seorang mahasiswa diabaikan, peranan sebagai seorang anak diabaikan, dan yang menghibakan lagi tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini dilupakan. Ingatlah teman-teman akan firman Allah “Sesungguhnya Aku (ALLAH) menjadikan kamu dimuka bumi ini sebagai khalifah”
Sebagai seorang khalifah yang cakna, teknologi maklumat yang pesat membangun bukanlah sebagai penghalang, malah merupakan satu wasilah dalam aktiviti perjuangan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.
          “Akan timbul dua golongan manusia yang mana baik keduanya maka baiklah seluruhnya, jika rosak keduanya maka rosaklah seluruhnya.” Teman-teman seperjuangan sekalian, kalam ini mengkhususkan kepada seluruh umat manusia kepada dua golongan minoriti yang menjadi batu asas dalam pembinaan sebuah Negara yang berkebajikan iaitu Ulamak dan Umara (Pemimpin). Hari ini, Ulamak diperlakukan bagaikan tisu, digunakan apabila permasalahan isu agama sahaja, akan tetapi dimana Ulamak dalam isu pembinaan negara? dalam isu pembinaan Daulah Islamiyyah?. Inilah yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat, walhal sebahagian rakyat yang kurang ‘arif berkenaan agama menjadikan mereka hanya sebagai pak turut kepada pemimpin.

Saya teringat dengan mafhum Hadith Nabi yang telah jelas membuka minda kita, “ Akan tiba suatu golongan pada akhir zaman nanti yang akan merosakkan dunia, para sahabat bertanya, siapakah dia wahai rasulullah, lalu rasulullah menjawab, dia itu golongan pemimpin yang dilantik daripada bukan ahlinya”
Akhir kalam, Semoga para pembaca mendapat intipati yang berguna dan disematkan didalam diri sebagai teras pemangkin dalam mengharungi dunia yang semakin membimbangkan. Semoga manfaat teknologi maklumat yang semakin pesat membangun pada ketika ini, dapat memotivasikan diri pembaca agar terus tekad dan jitu untuk memperkasakan ummah dalam merealisasikan sebuah negara yang  berkebajikan dari pelbagai sudut. Semoga usaha Dakwah yang kita lontarkan hari ini menjadi kayu pengukur untuk berhadapan dengan RABB di akhirat kelak, InsyaAllah…
                                  “Membangun Bersama Islam”

Tuesday 18 October 2011

My first touching

Assalamualaikum
to all my readers and bloggers
Sipejuang back right now
my first sem at APIUM just end
so i'm free
i'll show to you my memories at APIUM for the first sem!!

my classmates
my class leader -syafriz a.k.a. syaf-
perak boy
Muzhir...just call him MUZ
kelantan boy
Hahaha...best friend ever~hafizin~
selangor boy
wow..luqman si-aktivis ~know everything about political issues~
selangor boy
Sekejap rasenye menghabiskan pengajian semester satu di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (APIUM). Kehidupan disini menjadikan kehidupan aku semakin matang yang sedikit demi sedikit menjejak masuk ke alam dewasa ini. Bagi aku, kehidupan menempuh semester satu ini adalah sebagai PEMERHATI yang mungkin sesuai untuk pelajar baru seperti diriku ini. Daku perhatikan akan persekitaran, bi'ah, fikrah, pimpinan, dan pembelajaran. Ternyata banyak persoalan yang timbul dalam hati ini, namun apa yang menjadi tanda tanya "layak ke aku ditempatkan disini?". Alhamdulillah, Allah masih sayang akan diriku ini, ditempatkanNYA aku di dalam suasana islam dan dilatihNYA aku menjadi sebahagian dari ketua kepada masyarakat..subhanallah~
Berat sungguh ujian dan bebanan yang menimpa diri aku ini, tapi aku yakin dan pasti..DIA menguji diriku kerana masih menyayangi diriku supaya menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.
204 room
with my roommate
my table study
Pemandangan dari tingkap bilik
kelihatan rumah-rumah pensyarah penyelia kolej dan kubur
satu-satunya member aku dari SIS ke UM, nilam puri ni
Adam a.k.a. Black
solat isyak berjemaah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan
Pembersihan Musolla Al-qosr oleh semua ahli BADAR

Disinilah tempat aku mendapat teduhan ilmu buat masa sekarang
Hidup cuma sementara
Yang kekal adalah akhirat sana
Percayalah wahai pembela agama
Setiap yang bernafas maut pakaiannya

Jika dirimu diuji oleh ilahi
Usah lupa ada hikmah yang menanti
Pasti ada tujuanNYA yang tersendiri
Supaya dirimu menjadi mukmin yang sejati

"Ada cinta, ada cerita,
ada kisah, ada sejarah,
ada suka dan ada duka,
semuanya berkisar
akan sebuah perjalanan
tentang kehidupan"
"perjalanan sebagai da'ie sedang disusuri"

~Sipejuanglovesomeonewhotouchhisheart~

Wednesday 12 October 2011

"Dengan mengingati Allah hati akn menjadi tenang"

"Rasulullah saw bersabda : 'kenalilah Allah tika kamu senang, maka Allah akan mengenalimu tika engkau dalam kesusahan'
 
tiba-tiba sahabat ana bertanye kt ana...kita ingat Allah, Allah ingat kita??

MasyaAllah, Maha Adil nya Allah..
Kadang kadang ada yang menjawab,


"eleh, aku duk ingat kat Allah time aku senang, time time aku susah, Allah tak tolong pun"


Pehhh, pernah terdetik begini dalam hati?


Nak tanya antum la, kome tahu tak masa bila kome benar-benar susah nanti?


tak tahu an?, meh ana jawab...


Time kome paling susah adalah Di Padang Masyar kelak...di situlah Allah akan membantuMu..


Time kat dunia ni, memang la ada time susah, tapi tidak lah sesukar time di padang masyar,


Kalau yang dikehendaki Allah, tatkala kome ingat pada Allah masa senang, mungkin ada tika kome susah Allah tolong kome.
.

Masa kalian dapat gaji, senang tu, yang bekerja dengan ayah ke, kerja kat tesco ke, yang kerja dimana-mana ke, dapat gaji , dpat biasiswa KPT ke "belanja'' lah Allah,bagaimana?


Mudah, bersedekahlah di jalannya...


Bagaimana tu?


Ala la la kome ni...


Pernah pi masjid?


haa, derma la kat situ singgit dua, berdasarkan kemampuan..bukan habis pun duit kome pon dok?


Mungkin nanti kome pokai, perlu wang, Allah bayar balik...tak mustahil tu, time kome kebuluran, lapo..lapo, then datang pak sedara kome bagi duit raya..haaa, itu pak sedara tu alat je, sebenarnya rezeki korang tu Allah yang tetapkan..dok??


Ini satu je contoh, banyak lagi time senang lain untuk kome ingat Allah, kadang kadang tak perlu keluar wang, cukuplah dengan zikrullah dan solat sunat..mudah je nak ingat Allah, tapi kenapa ramai di antara kita ingat Allah tika susah je?


Tetapi diperhatikan,ramai lah di antara orang manusia, hanya ingat Allah ketika susah, dan ketika senang, dia lupa pada Allah..


Time dalam kesusahan, baru nak berdoa, nak dalam kesenangan, lupa untuk berdoa..


Apapun, ana bukan tuju pada antum semua juga, tapi kadang-kadang ana pun alpa begini

"كل بنى ادم خطّاء وخير الطّائين التّوّابون"
"setiap ank adam itu bersalah dan paling baik org yg melakukan kesalahan ialah mereke yg brtaubat"
..hanya untuk kita saling mengingati....semoga Allah ampunkan kita semua yang selalu lupa padaNya, tp Dia tidak pernah mengecewakan kita~

~Sipejuanglovesomeonewhotouchmyheart~

Friday 23 September 2011

الإمتحان الاءول

assalamualaikum..
agak lame, wafy tak menulis ape-ape di blog ini...maklumlah, dah sibuk...
so, arini nak cite sikit pasal exam...
exam akan bermula pada 2 oktober 2011..
minggu ni, minggu munaqoshah atau minggu muroja'ah..
ala..org putih kate study week..

jadi, wafy ingin memohon seribu kemaafan kepada mereke yg memendam perasaan kt wafy ke..atau wafy penah bersalah kpd sesiape ..sesungguhnye setiap anak adam itu selalu melakukan kesilapan dan penyelesaian yg terbaek adalah mereke yg bertaubat dari melakukan kesilapan tersebut..

akhir kalam, semoga kita berjaya bersama...ingat! usaha biar luar biase baru kejayaan luar biase..bersungguh-sungguhlah, sesungguhnya Allah menyukai hambanye yg melakukan kerja dgn bersungguh-sungguh..(n_n)..
~sipejuangwanttobethesyariahadvisorBankNegara~

Saturday 6 August 2011

أنا أخوكم في الإسلام



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ape khabar semua sahabat2....da lame agaknye kita tidak bersue lagi dlm blog ini...
alhamdulillah di atas ni'mat yg Allah berikn melimpah ruah di dlm bulan barakah ini iaitu bulan ramadhan...hari ini ana nak ceritakn kpd all readers tntang pngalaman ana bersolat jema'ah di MRSM Pasir Tumboh, Kelatan...pada 6 Ogos~

Disebabkan Universiti Malaya cawangan Nilam Puri, Kelantan menghantar imam solat terawikh di MRSM Pasir Tumboh, lalu ana diajak oleh sahabat ana Syafriz dan Hassan yg mnjadi Imam disana utk bersame2 menemani mereke meng'imarahkan musolla MRSM tersebut...mereke ini lepasan ma'ahad Tahfiz..30 juzu' dlm hati..disebabkn kelebihan itu, para pensyarah melantik mereke menjadi imam terawikh...hanya 2 org sahaje dlm kalangn semester 1 yg mnjadi imam luar~ iaitu mereke lah...










         Inilah mereke...dari kiri: Syafriz, Fadhlullah(ak ngn mamat ni teman je), Hassan...


                                                               Inilah Ana...Wafi Addin



Alhamdulillah diatas ni'mat yg diberikan oleh Allah...terima khasih kpd pihak MRSM krn telah melayan kami dgn begitu mewah..alhamdulillah..jimat duit ana berbuka ari ni..berbuka yg sedap dan supper yg best...

                                         thats all from: Sipejuanglovesomeonewhotouchhisheart

Friday 3 June 2011

Langkah Pertama


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
apa kabar to all blogger and reader?.. harap semuanya sihat~
hari ini insyaAllah aku nak cite sikit pasal kehidupan aku kat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan Darul Naim...

Sharp 29 Mei 2011 pada pukol lebih kurang 9.15 pagi, aku bersame keluarga bergerak ke UM nilam puri setelah selesai bersarapan pagi di gerai berhampiran pasar siti khadijah..sebelom tu kami sekeluarga menginap di Hotel Firdaus kat Kota Bharu. Sampai saje di Um, nilam puri..pehhh~ aku pon pi la daftar kat kaunter, aku daftar dengan zaim kemudian Adam menyusul kebelakang kami sebab dye lambat sikit dtgnye, budak Izzuddin yang ke UM nilam puri ni 3 org je..selesai mendaftar aku diberikan bilik sementare sebelom pihak pengurusan menetapkan bilik sebenar aku..No.bilik sementare aku bilik 110. Roomate aku sorang dari Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Selangor namenye Yusri dan sorang lagi dari SMKA Sik, Kedah namenye Ariff. Deme ni kire aku bole ngam la, xda apa yg ganjil pon. Tapi aku still rindu membe-membe lame 48th Batch of Sekolah Izzuddin Shah, walau sesempoi mane pon budak-budak kat nilam puri ni..menyempoi lagi batch 48 aku~
Selepas sahaja taklimat ibubapa selesai di dewan Johor, make ibubapa aku dan Adam ingin pulang ke negeri jati kami iaitu Perak Darul Ridzuan dan meninggalkan kami disini sebagai pejuang yg akn menuntut ilmu demi agame Islam!
Sebelom Ibu dan Ayah aku pergi, mereke ade pesan kat aku..Belajar biar bersemangat, rajin-rajin dan jimatkan duit yang diberi, Pada hari tu aku bertekad! Aku nak jadi orang yang berjaye! Aku akan berjuang!

My Family
Bersama 2 Keluarga
Setelah Ibu dan Ayah aku pergi meninggalkan aku, aku pon berjalan la menuju ke bilik aku, pergi kemas-kemas ape yang patut..selepas solat zohor, aku mengikuti program yang telah disusun oleh Pembantu Pelajar yg terdiri dari 2 pertubuhan besar dalam UM, Nilam Puri iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) deme ni kire macam pengawas la..seminggu pertame ni kami siswa dan siswi baru akan mengikuti program Minggu haluansiswa yg dirasmikan oleh Prof Madya Dr Ruzman Md Noor ( Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya) sebelom tu kami ade program bersame pemimpin iaitu YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed ( Menteri Perdgngn Antrabgsa & Industri) pehhh..kire grand gak la minggu haluansiswa ni..sampai menteri pon datang sini..
Majlis bersame Pemimpin
Esoknye ade kuliah suboh, pastu ade plak senam robik dengan irama lagu nasyid “Demi Matahari” dendangan kumpulan Snada. Pelik-pelik je senam robiknye..kehairanan aku, lantaklah! Ape aku kisah~ aku ikut je la program yang disusun, aku kan budak baik..heeee~
pastu ade taklimat kursus pengajian oleh Dr Mohd Alwee Yusoff, yg menceritakan madah-madah yang akan dipelajari, siape pensyarah-pensyarah yang akan mengajar. Satu perkare yang aku takjub ialah pensyarah sini kebanyakannye mempunyai Phd dan hampir semua yang mempunyai Master hanye segelintir sahaje yg mmpunyai ijazah sahaje..kirenye ramai la Doktor-doktor kat sini, aku memang berbangge gler..belajo dengan Prof, Doktor memang mantop la weyh! Pastu, Main Language kat Universiti Malaya, nilam puri ni ialah Bahasa Arab seyhhh..ade sorang Fesi ni sembg dengan pensyarah macam sembang kedai kopi aje tp dalam bahase arab..pehhh! tabik spring la, aku paham cakap deme tp nak bercakap balik memang susah la..insyaAllah selepas abis aku mengaji kat Um nilam puri ni aku akn bersembang arab aje, insyaAllah.
zaim beraksi dalam pertndngn futsal
Kami Budak Baik!
lelaki 40 org perempuan 93 org..


Kuliah Suboh fully in Arab
Senam robik beriramakan lagu nasyid "Demi Matahari" by Snada team

Pastu kami diberikan taklimat berkenaan kegunaan perpustakaan UM nilam puri ni, sebenarnye perpustakaan sini adalah perpustakaan yg masih lagi mengemukakan buku-buku yang season ataupon istilah lainnye ialah kitab-kitab yang lame yang kertasnye kuning-kuning dan koyak-koyak..tapi semuanye tulisan arab yang tiade baris mahupon tiade bermakne rumi..memang dahsyat orang-orang yang belajar kat sini. Kemudian Pada petang tu dalam lebih kurang 2.30 ptg aku, adam dan zaim menduduki ujian petempatan Bahase Arab..aku memang tak prepare ape-ape pon, just berserah aje..hahaha..
ate, soalan sumenye ade 70 soalan dan semuanye bulat-bulat. Selesai sahaje ujian, petang tu ade sukan Futsal. Belom ape-ape lagi Zaim dengan Adam da buat hal, hahaha..deme lambat turun dari bilik ke tempat berkumpul…sempoi-sempoi! We are the legend!!




Keesokan harinye pulak pada hari selase 31 Mei 2011, program pagi-pagi ade kuliah suboh pastu senamrobik lagi Demi Matahari..kemudian dalam pukol 9 pagi ade taklimat Penginapan oleh Pengetua Kolej Kediaman Nilam Puri. Macam-macam diceritakannye dari A sampai Z. Bawak enset kene bayo cukai, bawak laptop kene bayo, bawak sterika, heater pon kene bayo dan byk lagi la..hidop jadi budak U ni memang banyak gune duit dan perlu bijak gune duit..kalo tidak hanyuttt~ Pastu taklimat pasal keselamatan oleh ketua keselamatan UM nilam puri..haha
kalo dulu nak keluar kawasan mesti ade kad yang telah disahkan oleh warden tapi kini nak keluar sukati aje..memang bebas! sape silap langkah memang akan hanyuttt~

Selepas itu taklimat pasal pengukuhan bahase Arab oleh Puan Wan Rohani bt Wan Mokhtar. Beliau menerangkan pasal bahase arab, jam kredit bg empat semester hanye subjek bahase arab perlu diselesaikan 24 jam kredit, kirenya subjek bahase arab disini diambil penekanan yang lebih~ Pastu ade pulak pertandinagan debat bahase arab, seb bek aku tak terpilih..kalo tak, tak taw la..kalo pidato tu hafal aje boleh la..ni debat sheikh! Tapi dalam bahase arab~ kuang2! Pada malamnye pulak, dalam pukol 9.15 malam ade persembahan pentas oleh pelajar siswa, menceritakan pasal falsafah seekor tupai dalam bentuk kreativiti setiap kumpulan, ade kumpulan buat boria, ade kumpulan buat dikir barat tapi kumpulan aku buat pentomen, hahaha..aku jadi suare latarnye~


Harini last minggu haluansiswa a.k.a. minggu orentasi, pada paginye program suai kenal dengan pensyarah mentor kite, kirenye macam guru kelas la…ari tu kan ade ujian petempatan..aku dapat majmuah 2 dan mentornye ustazah Wan Rohani. So, sekali lagi aku terpisah dengan Adam dan Zaim..da la kelas lain bilik pon lain-lain, haha..takpe-takpe janji still bole jumpe lagi~
Pada jam 2.30 petang Majlis Ucapan Penutup oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya ( Prof Datuk Dr Rohana bt Yusof )..maka selesailah minggu haluansiswa dan pada hari isnin ni aku akan mula belajar di majmuah ath-thani..selepas solat asar, barulah aku dapat bilik sebenar aku, aku dapat bilik di tingkat 2 bilik yang bernombor 204 dan roomate aku budak JTK dari Sem. 3 name Sufian, ore kelate..entah ape la yang akan jadi nanti..harap-harap aku dapat belajar dengan tenang dan sukses!
Buat terakhirnye thankz kepada Adam sbb bg pinjam lappy ye..dan kepade AyahBonda anakanda disi sihat-sihat sahaja, doakan anakanda berjaye di negeri orang ni..
dan kepada Sahabat-sahabat aku marilah kita berjuang!