Monday 14 May 2012

Kalam Mubakkiran




Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum…

             Kalam ini ana tujukan kepada sahabat-sahabat yg bakal menjejakkan kaki ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan. Sahabat, setiap perjalanan mesti mempunyai tahap yang berbeda, antum sudah berada disuatu tahap dimana suatu ilmu itu dikaji dimana sumber kesohihannya dan suatu pendapat itu dikaji dimana bukti pembongkarannya. Apabila digelar dengan gelaran Mahasiswa, akal manusia menjelaskan sosok tubuh manusia yang matang, pemikiran yg berstrategi, penampilan yang berintelektual, dan adab yang disulami akhlakul karim.

Sahabat,

Apabila kita berbicara tentang ilmu, perjuangan pada hari ini tidak cukup dengan sekadar ilmu yang berkaitan ilmiah semata-mata seperti pengajian kitab malah wadah perjuangan dunia yang di lihat hari ini lebih meluas dengan kemodenan arus pembangunan yang menuntut kita untuk mencari kemahiran sampingan sama ada dari segi kemahiran teknologi mahupun kemahiran intelektualiti idealogi. Sudah pasti di sana ianya menuntut sebuah perjuangan yang lebih besar dan berat untuk di pelajari kerana ianya akan menjadi satu kewajipan yang perlu di galas kepada kita semua sebagai warga penuntut ilmu Allah di bumi Tarbiyyah Nilam Puri yang penuh barakah ini dan seterusnya supaya dapat mempraktikkan ilmu yang kita pelajari serta menyampaikan kepada masyarakat umum sebagai mengisi pendekatan medium dakwah masa kini yang bukan hanya untuk di perjuangkan serta disebarkan kelak, bahkan perlu bermula dari sini.


Ibarat kata Saidina Umar Al-Khattab “bekerja ibarat kamu hidup seribu tahun lagi, beramal seolah-olah kamu rasa akan mati esok hari”

Sebagaimana yang di kalamkan oleh firman Allah berkaitan soal hidup dan mati tidak dapat kita pastikan waktunya berdasarkan Nas al-Quran:
Surah Yunus ayat 49:
"Apabila datang kepada kamu ajal yang di tetapkan (oleh Allah), maka tidak akan di lambatkannya walau sesaat dan tidak juga akan dipercepatkan sesaat."

Lantaran itu, atas dasar amanah ilmu yang dipertanggungjawabkan kepada kita semua inilah manjadi satu wasilah buat kita untuk terus memperbaiki diri seterusnya bertanggungjawab untuk bersama-sama memperbaiki keadaan sekeliling dalam pada kita mengisi keperluan-keperluan semasa untuk bekalan perjuangan pada masa akan datang. Semoga sahabat-sahabat tidak mensia-siakan peluang menuntut ilmu di Bumi Tarbiyyah ini.

akhir kalam ana :


ليس الفتى من قال أبي كان, وانما الفتى من قال ها أنا ذا

Bukanlah pemuda mereka yang berbangga dengan sejarah hebat ayahnya, tetapi pemuda adalah yang mengatakan “Inilah kami yang sedang merangka sejarah baru untuk masa depan ummah”


Muhammad Wafiuddin Bin Rosli
Hamba Allah yang hina...

2 comments:

  1. penggunaan bahasa yang mantap,ustaz!
    teruskan bertinta.
    moga bermanfaat untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran ukhti..
      lama juga ana bina ayat buat karangan ni..
      insyaAllah, moga bermanfaat..(n_n)..

      Delete