Tuesday 29 November 2011

Pena Insan Kerdil


                     Bismillahirahmanirahim…

Dunia hari ini pesat membangun dengan kehebatan teknologi yang telah lahir bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagai seorang Mahasiswa Islam, saya lebih bersikap cakna terhadap isu teknologi ini dalam kehidupan seharian. Teknologi yang pesat pada ketika ini, telah mengakibatkan pelbagai bencana besar yang melanda manusia dari segi kesan positif dan negatifnya. Suka saya menyatakan disini, masalah sosial negara kita semakin hari semakin parah yang saya rasakan adalah dipengaruhi oleh kepesatan teknologi maklumat yang pesat.
          Apa yang menjadi persoalan ketika ini, dunia semakin liar dengan teknologi yang pesat membangun, masing-masing mengejar populariti sehinggakan peranan sebagai seorang mahasiswa diabaikan, peranan sebagai seorang anak diabaikan, dan yang menghibakan lagi tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini dilupakan. Ingatlah teman-teman akan firman Allah “Sesungguhnya Aku (ALLAH) menjadikan kamu dimuka bumi ini sebagai khalifah”
Sebagai seorang khalifah yang cakna, teknologi maklumat yang pesat membangun bukanlah sebagai penghalang, malah merupakan satu wasilah dalam aktiviti perjuangan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.
          “Akan timbul dua golongan manusia yang mana baik keduanya maka baiklah seluruhnya, jika rosak keduanya maka rosaklah seluruhnya.” Teman-teman seperjuangan sekalian, kalam ini mengkhususkan kepada seluruh umat manusia kepada dua golongan minoriti yang menjadi batu asas dalam pembinaan sebuah Negara yang berkebajikan iaitu Ulamak dan Umara (Pemimpin). Hari ini, Ulamak diperlakukan bagaikan tisu, digunakan apabila permasalahan isu agama sahaja, akan tetapi dimana Ulamak dalam isu pembinaan negara? dalam isu pembinaan Daulah Islamiyyah?. Inilah yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat, walhal sebahagian rakyat yang kurang ‘arif berkenaan agama menjadikan mereka hanya sebagai pak turut kepada pemimpin.

Saya teringat dengan mafhum Hadith Nabi yang telah jelas membuka minda kita, “ Akan tiba suatu golongan pada akhir zaman nanti yang akan merosakkan dunia, para sahabat bertanya, siapakah dia wahai rasulullah, lalu rasulullah menjawab, dia itu golongan pemimpin yang dilantik daripada bukan ahlinya”
Akhir kalam, Semoga para pembaca mendapat intipati yang berguna dan disematkan didalam diri sebagai teras pemangkin dalam mengharungi dunia yang semakin membimbangkan. Semoga manfaat teknologi maklumat yang semakin pesat membangun pada ketika ini, dapat memotivasikan diri pembaca agar terus tekad dan jitu untuk memperkasakan ummah dalam merealisasikan sebuah negara yang  berkebajikan dari pelbagai sudut. Semoga usaha Dakwah yang kita lontarkan hari ini menjadi kayu pengukur untuk berhadapan dengan RABB di akhirat kelak, InsyaAllah…
                                  “Membangun Bersama Islam”

2 comments:

  1. salam dik

    semoga terus dalam redha jg bimbingan dan hidayahNYA ;)

    teruskan usaha mentarbiah diri, semoga dengan itu tertegaklah islam dalam diri seterusnya keluarga, masyarakat dan negara kita, amin ;)

    salam perjuangan!

    ReplyDelete
  2. syukran kak
    insyaAllah segala pesan akak saye akn amalkan..doakan saye thabat dlm prjuangn ini..

    salam mujahadah!

    ReplyDelete